Prinsip Tawazzun


PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah,dengan izin Allah siap juga akhirnya efolio bagi subjek pelancongan dan hospitaliti dalam islam.Folio ini diberi tajuk prinsip tawazzun.Dengan ini,saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah diiziinkan oleh nya sempat untuk menyiapkan tugasan ini.Pertama saya imgin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Puan Dina binti Abdul Khalik kerana sedikit sebanyak telah membantu iaitu memberi maklumat mengenai folio ini.Maklumat yang telah diberi telah saya gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan folio ini.Akhir sekali,saya ingin mengucapkan tgerima kasih juga kepada rakan rakan sekelas yang banyak berkongsi maklumat mengenai folio ini.Maklumat yang telah mereka kongsikan bersama saya insyallah telah saya aplikasi kan sebaik mungkin dalam menghasilkan folio ini.

PENDAHULUAN 

Manusia adalah salah satu makhluk ciptaan Allah SWT yang memiliki peranan penting dalam kehidupan di muka bumi.Manusia juga dipandang sebagai makhluk yang paling tinggi darjatnya dibandingkan dengan makhluk Allah SWT bahkan Allah menyuruh para malaikat untuk bersujud kepada Adam.Agama islam merupakan agama yang sangat berkesinambungan dengan kehidupan manusia.Oleh kerana itu,maka kehidupan manusia dapat teratur untuk menjalankan kehidupan dengan baik.Agar tidak ada perselisihan dalam segala aspek kehidupan di dunia ini.Pada zaman sekarang terjadi banyak perselisihan dalam segala aspek kehidupan di dunia ini.Pada zaman sekarang terjadi banyak perselisihan faham antara manusia kerana tidak diimbangi dengan agama jika hal tersebut terus berlanjut maka kehidupan akan hancur.Maka dari itu lah manusia dan agama islam merupakan komponen yang tidak terlepas agar kehidupan di dunia mahupun akhirat bisa berjalan dengan baik agar tidak ada  perselisihan.Hal tersebut dinamakan tawazzun dalam islam.

OBJEKTIF

Matlamat kajian in adalah untuk meningkatkan kefahaman tentang prinsip tawazun

-Pelajar dapat mengetahui tentang latar belakang prinsip tawazun

-Menghuraikan hujah-hujah yang dikemukakan mengenai prinsip tawazun dan mengkaji tentangnya

-Memahami dan mendalami dalil hadis dan al-quran

-Membincangkan tentang prinsip prinsip tawazun

HURAIAN 


DEFINISI

  • Tawazun berasal daripada kata tawazana : seimbang

  • Tawazun : Memberi sesuatu akan haknya,tanpa ada penambahan dan pengurangan

  • Tawazun : Seimbang dalam beragama

  • Kemampuan seorang individu untuk menyeimbangkan kehidupannya dalam pelbagai dimensi sehinggan tercipta keadaan yang stabil,sihat,aman dan nyaman

TAWAZZUN DI ALAM SEMESTA
  • Allah menciptakan langit dan semua isinya yang dengan tawazun

  • Bukti : Al-Mulk,67:3 yang bermaksud


“ YANG MENCIPTAKAN TUJUH LANGIT BERLAPIS LAPIS.TIDAK AKAN KAMU LIHAT SESUATU YANG TIDAK SEIMBANG PADA CIPTAAN TUHAN YANG MAHA PENGASIH.MAKA LIHATLAH SEKALI LAGI ADAKAH KAMI LIHAT AKAN SESUATU YANG CACAT”


  • Bukti : Ar-Rahman,55:7-9

“ DAN TUMBUHAN DAN PEPOHON,KEDUANYA TUNDUK (KEPADANYA)

“DAN LANGIT TELAH DITINGGIKAN-NYA DAN DIA CIPTAKAN KESEIMBANGAN ITU”

“AGAR JANGAN KAMU MEROSAK KESEIMBANGAN ITU”


SEIMBANG DARI SUDUT ROHANI DAN JASMANI 

Syariat Islam telah meletakkan rukun-rukun iman serta ibadat-ibadat yangkhusus dalam mengukuhkan hubungan kerohanian kita dengan Allah.Syariat Islam juga telah meletakkan hukum-hukum dalam perkara yangberkaitan dengan keperluan jasmani seperti nafkah, makanan, perhiasan,perkahwinan, pembahagian harta pusaka, prinsip ekonomi dan seumpamanya.

SEIMBANG DARI SUDUT PERUNDANGAN 

Perundangan Islam bersifat seimbang mengatur perkara-perkara yangberhubung dengan rohani dan jasmani. Misalnya hukuman hudud bagiorang yang murtad, sebagai langkah pencegahan dalam memeliharaakidah. Manakala, hukum hudud bagi kesalahan mencuri, minum arak,berzina, qazaf, merompak bermatlamatkan untuk menjaga harta, akal,serta maruah kita daripada dicerobohi

SEIMBANG MENGATUR KEHIDUPAN DI DUNIA DAN AKHIRAT 

Islam melarang kita hanya menumpukan kepada amal ibadat semata-matatanpa mempedulikan tanggungjawab di dunia ini. Misalnya tugas utamakita dijadikan bukan sahaja ialah sebagai hamba Allah, adalah bagimematuhi segala perintahNya. Kita juga adalah khalifah untuk mentadbirserta memakmurkan bumi ini dengan syariatNya.

SEIMBANG BERTETAPAN DENGAN FITRAH MANUSIA 

Islam mengharuskan hiburan yang baik serta gurauan yang benar. Misalnya nyanyian pada hari raya dan perkahwinan diharuskan syarak. Begitu juga diharuskan perhiasan yang baik seperti emas, perak, kenderaan danseumpamanya. Semuanya ini adalah bertepatan dengan kehendak sertafitrah manusia.

KESIMPULAN 

Sebagai kesimpulan, konsep Al-Tawazun itu ada di dalam Islam. Dapat kita fahami bahawa Islam sangat menganjurkan umatnya untuk seimbangkan kehidupan mereka antara kehidupan dunia dan di akhirat. Sebahagian daripada kita telah menyalah anggap bahawa kita perlu kelihatan miskin dan hidup serba dhaif di dunia ini umpamanya, kerana itulah yang dinamakan sebagai zuhud. Apakah kenyataan ini benar? Jelas sekali salah kerana Islam itu sendiri menyuruh kita mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Seperti yang dilaungkan di dalam azan iaitu “Marilah menuju kejayaan”. Kejayaan yang dimaksudkan dapat kita fahami bahwa itulah kejayaan di dunia dan juga kejayaan yang abadi iaitu syurga Allah S.W.T. Wallahualam